Saturday 12 March 2016

Anak -Anak Anugerah Yang Paling Indah.



Anak adalah anugerah yang Allah titipkan kepada ibu dan bapa, tak semua yang dapat merasa mempunyai anugerah yang indah ini. Tetapi Ibubapa yang masih tidak mempunyai zuriat  janganlah bersedih kerana Sesungguhnya pengaturan Allah adalah yang terbaik untuk makhluknya. 










Anak adalah anugerah tetapi anak juga adalah ujian yang Allah beri kepada hambanya. Dalam membentuk keperibadian anak itu sendiri bukanlah mudah. Ibu adalah madrasah yang terbaik buat anak-anak.. Dan ayah adalah ketua sekolah untuk anak-anak. Kitalah(Ibu dan Ayah) yang mencorak keperibadiannya. jika baik maka baiklah keperibadiannya.

Kedua-dua memainkan peranan dalam membentuk keperibadian anak-anak. tiadalah istilah ibulah mendidik anak dan ayah penat mencari rezeki. Ingatlah Anak amanah yang Allah S.W.T beri untuk kedua ibubapa bukan untuk salah seorang darinya. Kedua ibubapa adalah orang paling penting dalam membentuk, membimbing dan menjaga keperibadian anaknya. 
Jadi didiklah anak mu bentukkanlah keperibadian mengikut sunnah dan bimbinglah dia mengikut syariat Islam. Jika baiklah didikannya maka baik lah keperibadian anaknya, jika buruk didikkannya maka buruklah keperibadian anaknya.

Dalam Mendidik anak ,
#janganlah kita membandingkan anak kita dengan yang lain, kerana setiap anak yang lahir di bumi Allah ini semua mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

#berilah kasih sayang dengan adil tanpa membedakan anak-anak yang lain.

#supportlah anakmu dengan apakan dia minat selagi tidak melangar hukum syarak.

#Anak yang lahir tidak semestinya menjadi seorang yang bijak, tetapi yakinlah Allah telah mengatur yang terbaik untuk setiap makhluknya baik rezeki, jodoh dan kerjayanya.Janganlah kita memarahi atau mencela dengan apa yang dia lakukan tetapi bantulah anakmu memperbaiki dirinya dalam segi ilmu, dirinya dan akhlaknya.

Didiklah Anakmu dari dian dalam kandungan lagi, mudahan-mudahan anakmu nanti menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin Ya Rabbal A'lamin.





*Ingatlah Setiap yang berlaku itu atas izinnya, dan Allah S.W.T telah mengatur yang terbaik untuk hambaNya. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu dari kita sendiri seorang manusia yang tidak lari dari melakukan kesalahan. KepadaNya kita memohon pengampunan dan petolongan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan kepadaNya juga kita dikembalikan.*







No comments:

Post a Comment