Assalamualaikum,
Sedihnya hati ini tiada siapa yang tahu melainkan Allah S.W.T, yang lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di hati setiap manusia di bumi Allah ini hanyalah Allah S.W.T..
Setiap dugaan yang kita terima itu pasti ada hikmahnya, ini kerana Allah S.W.T tidak akan menduga hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Semua yang berlaku atas izinNya dan Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Allah S.W.T maha mengetahui setiap apa yang terjadi, kerana semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz.
Kebahagiaan yang sebenar adalah mengikut segala perintah Allah S.W.T, di dunia ini hanyalah sementara dan yang kekal hanyalah Allah S.W.T.
Kita hanya mampu merancang tetapi yang menetapkan segalanya adalah Allah S.W.T.
~Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan Yang buruk dari diri saya sendiri~
~^_^~
No comments:
Post a Comment