Monday 14 July 2014

Kemenangan milik rakyat Gaza, Pray for Gaza and Help Gaza.




Wahai pejuang-pejuang di Gaza, 
Dirimu sungguh kuat dan gagah dalam mempertahankan Agama dan negara.

kuatkanlah diri mu wahai rakyat palestin, 
Sedih hati ini apabila saudara dan saudariku di Gaza tidak kira muda, warga emas dan kanak-kanak dibedil dan di bunuh oleh senjata zionis tanpa rasa perikemanusiaan.

Teringin rasanya diri ini pergi kesana untuk membantu dengan ilmu dan kemahiran yang ada denganku.
Ingin ku minta keizinan dengan kedua ibubapaku untuk kesana, tetapi apakan daya diri ini masih mempunyai  tanggungjawab terhadap ibu dan bapaku.
Maafkanlah diri ini kerana tidak seberani pejuang-pejuang di Gaza.  Hanya Doa kami sentiasa mengiringimu.
Jika diri ini mampu, aku ingin syahid dalam mempertahankan bumi Gaza.

Kerana setiap manusia hidup di bumi Allah ini pasti akan merasa kematian. 
DariNya kita dihidupkan, kepadaNya juga kita kembali.

~Ya Allah berilah perlindungan dan kemenangan kepada tentera-tentera islam dan rakyat palestin yang mempertahankan masjid Al Aqsa dan berjuang mempertahankan Agama.~
Aamiin Ya Rabbal A'lamin.

Janganlah risau, kerana Allah S.W.T sentiasa ada denganmu wahai rakyat palestin

#prayforPalestin
#prayforGaza
#prayforIslam
#prayforhumanity
#prayforpeace