Thursday, 24 March 2016

Al Habib (The Loved One) - Talib Al habib (Lyrics & Translation)


Ya Allah tiada Tuhan melainkan Engkau dan Nabi Muhammad adalah utusan Engkau selamat dan salam aku hulurkan pada junjungan kita Nabi agung baginda Rasulullah Muhammad S.A.W beserta keluargaNya.

Don't Be Sad | Beautiful Nasheed With Awesome Reminder | Music Free | YA...



in english: 


My soul is brightened by a light in my heart.
When I praised the God of Mankind.
And my soul is cheered up and the tears were flowing.
Oh Allah, guid my heart to reason

My soul is brightened by a light in my heart.
When I praised the God of Mankind.
And my soul is cheered up and the tears were flowing.
Oh Allah, guid my heart to reason

My soul is brightened by a light in my heart.
When I praised the God of Mankind.
And my soul is cheered up and the tears were flowing.
Oh Allah, guid my heart to reason

In the tranquility of the night I pray during worshopping
While the black darkness is all around
Oh Kind! Oh Most Merciful! Oh Most Forbeadring!
Your Gifts are endless

Oh All-Hearing! Oh Answerer! Oh Most Magnificent!
Oh Creator of the strong predatory animals, guide me

My soul is brightened by a light in my heart.
When I praised the God of Mankind.
And my soul is cheered up and the tears were flowing.
Oh Allah, guid my heart to reason

My soul is brightened by a light in my heart.
When I praised the God of Mankind.
And my soul is cheered up and the tears were flowing.
Oh Allah, guid my heart to reason

Guide me to truth, Allah I depend on your guidance today.
Oh God of the universe!
You are my aid
You are the refuge of man in the afterworld

Here I am Allah, asking Your forgiveness.
Forgive me and grant me my wish.

My soul is brightened by a light in my heart.
When I praised the God of Mankind.
And my soul is cheered up and the tears were flowing.
Oh Allah, guid my heart to reason

And my soul is cheered up and the tears were flowing.
Oh Allah, guid my heart to reason

My soul is brightened by a light in my heart.
When I praised the God of Mankind.
And my soul is cheered up and the tears were flowing.
Oh Allah, guid my heart to reason



'Lyrics - Arabic.


Ashraqat nafsi binoorin min fu'aadi
Hinama rad-datta Ya rabbal ibadi
Wantashat roohi, wa saarad dam´oo yajri
Yaa ilahi khuz bi qalbi lirashaadi

Ashraqat nafsi binoorin min fu'aadi
Hinama rad-datta Ya rabbal ibadi
Wantashat roohi, wa saarad dam´oo yajri
Yaa ilahi khuz bi qalbi lirashaadi

Ashraqat nafsi binoorin min fu'aadi
Hinama rad-datta Ya rabbal ibadi
Wantashat roohi, wa saarad dam´oo yajri
Yaa ilahi khuz bi qalbi lirashaadi

Fi sukunil layli ad’ruu fi sujudi
Waduja hawli sawaadun fi sawaadi
Ya Ra’uufan Ya Raheeman Ya Haliman
Ya Kariman maa lifawlilka min nafaadi

Ya Samee’an Ya Mujiban Ya Amizan
Ihdini Ya Khaliqas saba’ash shidaadi

Ashraqat nafsi binoorin min fu’aadi
Hinama rad-datta Ya rabbal ibadi
Wantashat roohi, wa saarad dam’oo yajri
Yaa ilahi khuz bi qalbi lirashaadi

Ashraqat nafsi binoorin min fu’aadi
Hinama rad-datta Ya rabbal ibadi
Wantashat roohi, wa saarad dam’oo yajri
Yaa ilahi khuz bi qalbi lirashaadi

Lilhudaa walhaqqi wa fuqni ilahi fa’ala tawfiqika yawma’i timadi
Ya ilahi al kawni
Ya awnii wa gawthi
Ya malaazal khalqi fi yawmil ma’aad

Ha ana Ya Rabbi, arjoo minka afwan
Fa’foo an zanbi wa haqqiq li muradi

Ashraqat nafsi binoorin min fu’aadi
Hinama rad-datta Ya rabbal ibadi
Wantashat roohi, wa saarad dam’oo yajri
Yaa ilahi khuz bi qalbi lirashaadi

Wantashat roohi, wa saarad dam’oo yajri
Yaa ilahi khuz bi qalbi lirashaadi

Ashraqat nafsi binoorin min fu’aadi
Hinama rad-datta Ya rabbal ibadi
Wantashat roohi, wa saarad dam’oo yajri
Yaa ilahi khuz bi qalbi lirashaadi

Saturday, 12 March 2016

Anak -Anak Anugerah Yang Paling Indah.



Anak adalah anugerah yang Allah titipkan kepada ibu dan bapa, tak semua yang dapat merasa mempunyai anugerah yang indah ini. Tetapi Ibubapa yang masih tidak mempunyai zuriat  janganlah bersedih kerana Sesungguhnya pengaturan Allah adalah yang terbaik untuk makhluknya. 










Anak adalah anugerah tetapi anak juga adalah ujian yang Allah beri kepada hambanya. Dalam membentuk keperibadian anak itu sendiri bukanlah mudah. Ibu adalah madrasah yang terbaik buat anak-anak.. Dan ayah adalah ketua sekolah untuk anak-anak. Kitalah(Ibu dan Ayah) yang mencorak keperibadiannya. jika baik maka baiklah keperibadiannya.

Kedua-dua memainkan peranan dalam membentuk keperibadian anak-anak. tiadalah istilah ibulah mendidik anak dan ayah penat mencari rezeki. Ingatlah Anak amanah yang Allah S.W.T beri untuk kedua ibubapa bukan untuk salah seorang darinya. Kedua ibubapa adalah orang paling penting dalam membentuk, membimbing dan menjaga keperibadian anaknya. 
Jadi didiklah anak mu bentukkanlah keperibadian mengikut sunnah dan bimbinglah dia mengikut syariat Islam. Jika baiklah didikannya maka baik lah keperibadian anaknya, jika buruk didikkannya maka buruklah keperibadian anaknya.

Dalam Mendidik anak ,
#janganlah kita membandingkan anak kita dengan yang lain, kerana setiap anak yang lahir di bumi Allah ini semua mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

#berilah kasih sayang dengan adil tanpa membedakan anak-anak yang lain.

#supportlah anakmu dengan apakan dia minat selagi tidak melangar hukum syarak.

#Anak yang lahir tidak semestinya menjadi seorang yang bijak, tetapi yakinlah Allah telah mengatur yang terbaik untuk setiap makhluknya baik rezeki, jodoh dan kerjayanya.Janganlah kita memarahi atau mencela dengan apa yang dia lakukan tetapi bantulah anakmu memperbaiki dirinya dalam segi ilmu, dirinya dan akhlaknya.

Didiklah Anakmu dari dian dalam kandungan lagi, mudahan-mudahan anakmu nanti menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin Ya Rabbal A'lamin.





*Ingatlah Setiap yang berlaku itu atas izinnya, dan Allah S.W.T telah mengatur yang terbaik untuk hambaNya. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu dari kita sendiri seorang manusia yang tidak lari dari melakukan kesalahan. KepadaNya kita memohon pengampunan dan petolongan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan kepadaNya juga kita dikembalikan.*







Saturday, 13 September 2014

Aurat Seorang Muslimah.











AURAT WANITA - PLEASE JAGA.

Jadilah seorang wanita yang sentiasa menjaga aurat dan maruahnya, kerana perwatakan dan pernampilan kita yang melambangkan diri kita.
Mesti ada yang akan berfikir yang ada yang bertudung tapi berperangai tak baik. Sebagai individu yang dah matang untuk berfikir dan seorang muslim kenapa kita mesti berfikiran begitu? Setiap orang ada pendapatnya sendiri. Tetapi kita sebagai seorang muslim, kita tahu apa yang halal dan haram. Ya memang salah jika kita bertudung tetapi berperangai kurang elok. Janganlah kita mengikuti apa yang salah tapi kita ikut apa yang baik.
Contohnya, jika kita melihat ada seorang gadis A berpakaian sopan, bertudung dan menutup aurat, tetapi perangai tak macam dirinya. Jadi kita ikut apa yang baik janganlah kita ikut yang buruk.
Islam itu mudah dan indah, janganlah kita susahkannya.
Islam tak menghalang kita untuk melawa atau bergaya tetapi kita sebagai seorang yang islam mestilah tahu macam mana ingin menjaga diri kita.


13 Aurat Wanita Yang Perlu Sangat di Jaga.

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. (Janganlah kita mengubah apa yang telah Allah S.W.T anugerahkan kepada kita).



2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka...
sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar".

"Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah".

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.



"Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang".

"Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu".

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.





Monday, 14 July 2014

Kemenangan milik rakyat Gaza, Pray for Gaza and Help Gaza.




Wahai pejuang-pejuang di Gaza, 
Dirimu sungguh kuat dan gagah dalam mempertahankan Agama dan negara.

kuatkanlah diri mu wahai rakyat palestin, 
Sedih hati ini apabila saudara dan saudariku di Gaza tidak kira muda, warga emas dan kanak-kanak dibedil dan di bunuh oleh senjata zionis tanpa rasa perikemanusiaan.

Teringin rasanya diri ini pergi kesana untuk membantu dengan ilmu dan kemahiran yang ada denganku.
Ingin ku minta keizinan dengan kedua ibubapaku untuk kesana, tetapi apakan daya diri ini masih mempunyai  tanggungjawab terhadap ibu dan bapaku.
Maafkanlah diri ini kerana tidak seberani pejuang-pejuang di Gaza.  Hanya Doa kami sentiasa mengiringimu.
Jika diri ini mampu, aku ingin syahid dalam mempertahankan bumi Gaza.

Kerana setiap manusia hidup di bumi Allah ini pasti akan merasa kematian. 
DariNya kita dihidupkan, kepadaNya juga kita kembali.

~Ya Allah berilah perlindungan dan kemenangan kepada tentera-tentera islam dan rakyat palestin yang mempertahankan masjid Al Aqsa dan berjuang mempertahankan Agama.~
Aamiin Ya Rabbal A'lamin.

Janganlah risau, kerana Allah S.W.T sentiasa ada denganmu wahai rakyat palestin

#prayforPalestin
#prayforGaza
#prayforIslam
#prayforhumanity
#prayforpeace

Sunday, 12 January 2014

~^_^~





Mulianya mempunyai Anak.







Nabi Muhammad SAW sangat sayang kepada anak-anak. Sampai punggungnya diperkuda-kuda oleh anak-anak sedang dia sujud waktu shalat. Sampai anak-anak dipangkunya ketika mengerjakan ibadat itu. Apabila dia hendak sujud diletakannya anak itu kesampingnya dan bila hendak tegak di pungutnya kembali. 
Beliau bersabda : “Rumah yang tidak ada anak-anak, tidaklah ada berkat didalamnya” (Abu 
Syaikh, Ibnu Hibban)
 Dalam Hadis lain Rasul bersabda : “Anak-anak adalah setengah dari harum-haruman surga” (Turmidzi) 
 “peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka. 
Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu”. (Dirawikan 
Oleh Bukhari).

Firman Allah SWT : "Hai orang-orang beriman , janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah, siapa yg berbuat demikian maka mereka itulah orang yg merugi 
(QS, Al Munafiqun :9)

Diantara tujuan perkawinan menurut pandangan Islam ialah untuk memperoleh keturunan. Rasulullah bersabda Nikahilah wanita-wanita subur peranakannya dan memiliki rasa cinta, karena aku merasa bangga dng banyak umatku dihadapan nabi-nabi pd hari kiamat (HR. Ahmad dari Anas)

Dari penjelasan diatas menunjukkan bahwa anak sangat penting dalam pandangan Islam, bagi orang tua haruslah mengetahui kedudukan anak bagi orang tuanya yaitu:

1. Anak sebagai Rahmat
    Salah satu Rahmat Allah bagi orang tua adalah rahmat di Karuniai anak. Sesuai Firman Allah SWT :  "...dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka sebagai suatu Rahmat dari sisi Kami" (QS. Al-Anbiya :84)

Rahmat diberi Allah SWT yaitu berupa anak. merupakan nikmat dan rezeki bagi orang tuanya. Karena kedatangan anak ditengah keluarga dpt menambah kebahagiaan keluarga dan menambah rezeki bagi orang tuanya. Oleh karena itu setiap lahir anak, dianjurkan Nabi Muhammad SAW, untuk menyembelih aqiqah, mencukur rambut dan menamainya dengan nama yg baik, sbg tanda syukur atas rahmat dan rezeki yang tak ternilai harganya.

2. Anak sebagai Amanah
    Amanah berarti suatu yg harus di pertanggung jawabkan nanti dihadapan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW "..Suami sebagai pimpinan didlm rumah tangganya dan dia bertanggung jawab dalam rumah tangganya..." (HR. Bukhori Muslim).
Karena anak sbg amanah bagi orang tuanya, maka kewajiban orang tua untuk memelihara, membimbing dan mendidik anak agar menjadi anak yang sholeh.

3. Anak sebagai Ujian
    Hidup ini adalah ujian. Segala apa yg di anugerahkan Allah kpd kita merupakan ujian-Nya. Termasuk harta dan anak sesuai Firman Allah SWT : "Dan ketahuilah, harta-hartamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian (fitnah)" (QS. Al Anfal :28)


4. Anak sebagai Media Beramal
    Semua jsusah payah orang tua dalam bekerja keras untuk nafkah anak adalah sedekah. Rasulullah SAW bersabda : " Apabila orang tua memberi nafkah terhadap keluarganya dan ia mengharapkan pahala karenanya, maka nafkah itu menjadi sedekah baginya" (HR. Bukhori Muslim)
   Dalam hadist lain dinyatakan : "Satu dinar engkau nafkahkan untuk dijalan Allah, satu dinar engkau sedekahkan untuk fakir miskin dan satu dinar engkau sedekahkan untuk keluargamu. Maka yang paling besar pahalanya ialah engkau nafkahkan kpd anak dan istrimu" (HR. Muslim)

5. Anak sebagai Amal Jariyah
    Anak dapat memberikan pertolongan kpd orang tuanya ketika masih hidup dan setelah mati, bila anak itu adalah anak yg sholeh. Disebutkan dlm hadist nabi SAW : "Apabila manusia mati, maka putuslah semua amalnya kecuali 3 perkara : sedekah jariyah, ilmu yg bermanfaat, dan anak yan
g sholeh yg mendoakan orang tuanya" (HR. Bukhori Muslim)

Rasulullah SAW bersabda : "Setiap anak yg lahir dlm keadaan suci, maka orang tuanyalah menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

IbuBapalah yang akan membentuk anaknya menjadi seorang yang muslim yang sebenar ataupun tidak.

“Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka didarat dan dilautan, kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan
.” al-Isra ayat 70


Jadilah ibubapa yang membentuk keperibadian anak-anaknya dengan ilmu agama yang cukup dan memberi kasih sayang yang cukup.
Jika anak ada melakukan kesalahan jangan memukul dengan kasar tapi didiklah dia dengan penuh sabar dan tunjukkan lah apa yang betul dan salah supaya anak dapat membezakan yang betul atau yang salah. 
~^_^~